Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita..
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat..
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan tlh memberikan sekeping lagi hati pada seseorang yang lain
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup..
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan..
Kepada mereka yg masih percaya,wlaupun mereka tlh dkhianati.
Kepada mereka yg masih ingin dsayangi,
wlaupun mereka tlh dsakiti sebelumnya
Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..
Jangan simpan kata-kata sayang pada orang yang dikasihi sehingga dia meninggal dunia..
Lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata sayang itu pada pusaranya..
Sebaliknya ucapkan kata-kata kasih sayang yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bermesra dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat…
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..
Kasih sayang dapat mengubah pahit menjadi manis..
Kasih sayang dapat mengubah debu beralih emas..
Kasih sayang dapat mengubah keruh menjadi bening..
Kasih sayang dapat mengubah sakit menjadi sembuh..
Kasih sayang dapat mengubah penjara menjadi telaga..
Kasih sayang dapat mengubah derita menjadi nikmat..
Dan..
Kasih sayang dapat mengubah kemarahan menjadi rahmat..
tetapi lebih menyakitkan adalah..
menyayangi seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan sayangmu itu kepadanya..
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu..
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi..
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menyayangi kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya..
Pada saat itu,
tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi..
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya..
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyayanginya setulus hati..
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut..
Andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir..
Bercintalah dengan pelajaran..
Bertunanglah dengan mengulangkaji..
Berkahwinlah dengan peperiksaan..
Dan berbulan madulah dengan kejayaan
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir..
Masa depan yang cerah bardasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan..
Kamu tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan sampai kamu belajar dari kegagalan..
dan rasa kekecewaan itu
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang..
sejam untuk menyukai seseorang..
dan sehari untuk mencintai seseorang..
tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang..
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu..
Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???
Berkasih sayang adalah akhlak yang mulia..
Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan..
Lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya..
Cinta ia tetap hadir..
Ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak,
Itulah cinta terulung..
Kasih sayang serta cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan..
Kejarlah cita-cita sebelum cinta,
apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir..
Untuk menyelami cinta dan cita-cita,
anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya..
Sebelum mendekati erti cinta,
mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta,
kenallah dahulu cita-cita..
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika..
namun masih tetap menghargainya..
semoga kita hayati dan memperbaiki diri..
Insya-Allah!!!